http://www.slideshare.net/ismauitmj/on-going-assessment-imd-303
About Me
My Blog List
-
-
Information Services Discussion - Discuss on how Information Technology can bring a better reference services in a library?15 years ago
-
Best presenter for IMD151 Group Project - • AMIRUL SYAZWAN BIN ZULKAPLI • MUHAMMAD FARIS BIN MOHAMMAD DAMANHURI • NOOR HAFIZAH BINTI ZAINALABIDIN • ANIZAH BINTI IDRIS • MUHAMMAD HAZIQ BIN ZAINAL RASH...16 years ago
-
Final Report - Please download this final report format for your multimedia project. 1. Evaluation Scheme 2. Report Format . Table of contents . Acknowledgement . Intr...16 years ago
Sunday, May 9, 2010
Tuesday, May 4, 2010
Tazkirah pagi Rabu
Tertarik dengan tazkirah yang diberi oleh Dr. Kamil pagi ni berkenaaan surah Qaf. Dalam tazkirah beliau menyatakan "Bumi dicipta untuk Manusia, Manusia dicipta untuk Akhirat" Renung-renungkanlah…
Kerja yang perlu diselesaikan
Minggu ini banyak kerja yang perlu diselesaikan. Boleh dikatakan minggu yang paling sibuk. Kerja-kerja yang perlu diselesaikan:- sistem eBilling bedahari, laporan AKNC, research, manual AIMS bengkel AIMS dan eAPKP, marking exam papers, meeting… Moga dapat diselesaikan satu persatu.
Friday, April 23, 2010
On Going Assessment IMD151
http://www.slideshare.net/ismauitmj/on-going-assessment-isd2e6imd151 (ISD2E6)
http://www.slideshare.net/ismauitmj/on-going-assessment-isd2e5151 (ISD2E5)
Thursday, April 15, 2010
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Best presenter for IMD151 Group Project
- AMIRUL SYAZWAN BIN ZULKAPLI
- MUHAMMAD FARIS BIN MOHAMMAD DAMANHURI
- NOOR HAFIZAH BINTI ZAINALABIDIN
- ANIZAH BINTI IDRIS
- MUHAMMAD HAZIQ BIN ZAINAL RASHID
- MUHAMMAD SAFWAN BIN ABD RAHIM
- NORANIS BINTI ABU BAKAR
- NUR ADIBAH BINTI HASNOL
Wednesday, April 14, 2010
Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Monday, April 12, 2010
Presentation Day…
Hari ini merupakaan hari pembentangan final project programming. Saya rasa amat kecewa dengan sikap pelajar yang tidak dapat menyiapkan projek pada masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja tidak menepati dan mencapai standard yang saya perlukan. Anda semua sudah semester 5 dan sepatutnnya tahu menguruskan waktu anda. Ahli dalam sesuatu kumpulan ramai tapi masih gagal menyiapkan projek. Sebagai pelajar anda perlulah pandai membahagikan masa. Jangan buat kerja LAST MINUTES…. Programming bukanlah subjek yang anda boleh buat last minutes…. Harap anda semua pelajari daripada kesilapan. INGAT, walaupun saya lembut di dalam kelas tetapi bila menyentuh hal berkaitan kerja I can be a FIRM person.
Just remember… you deserve whatever you delivered.
Wednesday, April 7, 2010
BLOG HACKED!!!
Salam.... baru-baru ini saya masuk ke blog IMS Johor. Apa yang saya dapati blog ini telah di hack oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesemua maklumat di dalam blog ini telah dipadam. Kepada individu terbabit, perbuatan anda adalah langsung tidak bermoral. Anda bukan sahaja telah menyusahkan pihak persatuan IMS tetapi secara langsung kepada pensyarah FPM khususnya yang terlibat dengan KIK di mana kami menggunakan blog ini sebagai salah satu sumber untuk projek KIK UiTM Johor.
Kepada individu terbabit INGATLAH perbuatan anda akan mendapat balasan. Sikap hasad dengki seperti ini seharusnya tiada dikalangan pelajar FPM.
Sunday, April 4, 2010
Mersing trip with part 6 students


Thanks for all part 6 students for the trip. Hope this kind of event will be continue for the next part 6 students.
Friday, April 2, 2010
Bollywood Nite : IMS dinner 2010
Congratulation to DIIM students for the great dinner event. But there are a few things need to be improve... Well done. (Source for the pic: from my student)Wednesday, March 31, 2010
Reminder to all my students
Please check your final project presentation and report submission date.
IMD151 : 13 April 2010
IMD153 : 14 April 2010
IMD303 : 12 April 2010
Sunday, March 28, 2010
Bengkel Blog Persatuan
Alhamdulillah, bengkel membina blog persatuan UiTM Johor telah dapat dijalankan dengan jayanya walaupun bilangan peserta yang hadir tidaklah begitu ramai. Tahniah diucapkan kepada peserta bengkel kerana telah dapat membina blog persatuan masing-masing. Diharapkan penggunaan blog ini dapat diteruskan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti persatuan. Syabas juga kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan bengkel ini untuk manfaat bersama.


